Saturday, April 23, 2011

=ReLease TenSiOn Jom=

Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?

Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh

orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh

bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua

masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.

Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan

berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,

kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi

perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Ahahah........ ada2 je diorg ni......

Friday, April 22, 2011

SETIAP perempuan pasti punya ciri2 lelaki idaman. Apakah pasangan anda memiliki beberapa ciri berikut? Jika ya, bererti dia calon suami yang baik buat anda.

1. Bersemangat

Dia bangun bersama terbitnya matahari, selalu bersemangat menyambut hari baru, meyanyi-nyanyi kecil walau pun saat nak pergi kerja. Tersenyum mesra...Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari bererti siap menghadapi kesulitan hidup. Dengan rasa syukur dan semangat hidupnya yang tinggi, segala masalah yang muncul dalam pernikahan nanti pasti dapat diatasi.

2. Betah Menyatakan Cinta

Apakah dia selalu mengatakan dan menunjukkan rasa sayang pada anda setiap hari meskipun ianya adalah ucapan yang simple? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara teratur merupakan hal terpenting yang mendatangkan kepuasan dalam sebuah perkahwinan. Jika saat ini anda memiliki kekasih seperti itu, anda sudah mendapat pasangan yang baik.




 3. Pandai Berjenaka

Dia senang tertawa bersama anda (tapi bukan menertawakan anda). Dia tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak lucu. Dia juga tahu bagaimana menilai sama ada itu lucu atau tidak. Lelaki periang ini baik untuk anda.


4. Take Care Him Self

Dia tak hanya peduli pada kerapian dan keserasian berpakaian. Namun, dia juga peduli pada kesihatan dengan menjaga makanan, meluangkan waktu bersukan dan cukup tidur. Tidak merokok dan menjauhi alkohol (merokok ni boleh dipertimbangkan..sebab ramai lelaki di Malaysia ni merokok, asalkan mereka tahu batasnya). Percaya atau tidak, dia akan berada di sisi anda untuk waktu lama
.


5. Boleh Bermaafan/Minta Maaf

Dia selalu minta maaf saat berbuat salah atau menyakiti perasaan anda, berusaha tak mengulangi kesalahannya dan belajar dari kesalahan sehingga hubungan anda dan dia berkembang baik. Dia juga mengerti bahawa dengan mengatakan ‘maaf’ tidak akan mengurangi kejantanannya. He’s a gentleman. Tapi jangan lah silap sendiri pun nak minta maaf juga. Naik lemak nanti pasangan kita.


6. Romantis

Lelaki ini memang agak sulit dicari. Setidaknya jika dia ingat bila ulang tahun anda, senang mengajak anda berjalan di bawah cahaya bulan, memilih hadiah ulang tahun yang tepat, mengirim SMS berisi puisi indah (meski hanya forward), dan membuat anda bahagia sebagai perempuan, dialah pasangan pujaan anda.



 7. Calon Ayah Yang Baik

Apakah dia punya perhatian besar pada anak-anak? Mahu membantu mengasuh anak? Dan menurutnya anak-anak lucu dan menakjubkan? Bahkan dia sudah berpikir menyiapkan simpanan untuk keperluan masa depan anaknya nanti? Untuk semua jawapan ya di atas, anda boleh menikahi lelaki ini dan anda memang sangat bertuah, jangan lepaskan lelaki ini.